MAKALAH
PERMASALAHAN ANTARA
SYURA DAN DEMOKRASI
Guru mata pelajaran
ust, taimullah as-sabiq S,Th,I
Di Tulis ku : jamal
ulhaq
SMA PLUS MUALLIMIN
PESANTREN PERSIS 182 KABUPATEN
TASIKMALAYA
JALAN LAYANG RAJAPOLAH
A. PENGERTIAN SYURA
Apa itu
syura ?
Menurut
pengertian bahasa syura masdar kata dasar dari kata syaawara, syura menurut
bahasa memiliki banyak maknanya, menurut ibnu manzhur dalam lisan al- arab,
jilid II hal. 379- 381 pada pasal sya- waa- ra, makna syura antara lain yaitu maknanya
mengambil madu dari sarangnya.
Adapun pengertian syariat yang di
dasarkan nash- nash al-qur’an dan as-sunnah yaitu adalah mengambil pendapat
dari orang yang diajak musyawarah.
Taqiyuddin
an- nabhani mengatakan bahwa syura dilakukan oleh setiap amier (pemimpin)
terhadap orang orang yang dipinpinnya atau oleh orang yang mempunyai kewenangan
Syura juga
apat ilakukan antara suami an istri misalnya untuk memusyawarahkan penyapihan anak
mereka ( QS, al- aaqarah 233 ). Alam system khalifah syura secaraf kelemagaan
formal ilaksanakan alam majlis ummatyang merupakan lemaga wakil-wakil ummat
alam musyawarah an muhasaah ( pengawasan ) terhaap khaliafah.
Hukum melaksanakan syura menurut abdul
qadim zallum adalah mandub, bukan wajib ini sejaman para ahli tafsir
terkemukaka yang menyatakan perintah allah swt kepada rasulullah untuk
melakukan syura di jelaskan dalam al-qur’an surat ali imran ayat 159 adalah
perintah mandub bukan perintah wajib.
Meskipun ada
tuntutan ( thalab ) dari al-qur’an untuk melakukan syura misalnya dalam frasa
“wa syaawirhum fil amri’ (bermusyawarahlah kamu dalam urusan itu ) QS ALI IMRAN
159.
Siapa yang berhak melakukan syura
itu ?
Sesungguhnya
syura adalah hak kaum muslimin semata artinya pihak pemegang kewenangan seperti
khalifah ketika meminta atau mengambil pendapat ia tidak langgsung mengambil
keputusan kecuali kesepakatan dari kaum muslimin, tgas nya syura adalah proses
pengambilan pendapat yang khusus di
kalngan internal sesame orang islam. Tdak bolah dalam syura mengambil pendapat
dari kalangan kafir, meskipun boleh itu adalah ( jai’iz ) kekhusuan syura hanya untuk kaum muslimin di
tunjukan misalnya dalam firman allah SWT : maka di sebabkan rahmat dari allah
lah kamu berlaku lemat lembut terhadap mereka sekiranya kamu bersikap keras
lagi berhati kasar, tuntunlah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karna
itu maafkan lah mereka mohonkaa-nlah ampunan bagi mereka dan bermusyawahlan dengan mereka … ( QS ali
imran 159 )
PERBEDAAN
ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI
Apakah sama antara pemilihan menggunakan
system syura dengan demokrasi ?
Dalam system demokrasi suara mayoritaslah yang
menjadi penentu segala bidang permasalahan. Sedangkan dalam system syura
sebaliknya criteria yang di ambil adalah tergantung pada permasalahannya yang
di musyawarahkan.
Pada masalah penentuan hokum syura criterianya
tidak tergantung pada pendapat mayoritas atau minoritas melainkan pada nash
nash al qur’an dan sunnah
Dari Segi Depenisinya
Demokrasi itu
berasal Dari kata demos dan cratos yang
bermaksud kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal
undang-undang atau manusialah yang menjadi legislator. Idea demokrasi ini
dipelopori oleh para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan
kehidupan seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir
Eropah ketika berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini
akhirnya mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi
Perancis yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.
Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek
adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasi demokrasi modon
lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan
bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak
membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan
terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata lain rakyat berhak menetukan
segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang
tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat.
Definisi
syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau
“Watasyawwarun” bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995).
Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam
sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah
dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang
berlandaskan al-Quran.
Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang
mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah
negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai
khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran
dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap
demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula
mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana
bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan
yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).
PERBEDAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM
DEMOKRASI
Dari Segi Pemilihan Khalifah/Pemimpin
Perbezaan
dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem
syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau
seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah
disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.
Menurut apa terkandung dalam al-Quran
seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria
tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah
S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik
atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial.
Di samping itu juga, seseorang khalifah itu
haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai
kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.
Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang
dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskan kebenaran dan menjauhi
sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dan
keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun
munafik.
Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam
al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga
kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadap suara dan
kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari
segi pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus ayat 32 yang
bermaksud : “Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.”
Dalam ayat yang sama Allah S.W.T
berfirman:“Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran itu lebih berhak
diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi
petunjuk?”
Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem
demokrasi yang menjadikan suara majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas
tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan
seseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti
daripada rakyat maka terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan
prinsip kebenaran, malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan
kebatilan.
Contohnya seseorang pemimpin itu
dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi kepemimpinan tetapi
berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam
bidang-bidang tertentu terutamanya pengaruhnya dalam bidang ekonomi
membolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang diberikan
kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkan
kebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi.
Walaupun tidak dinafikan syarat-syarat yang
diperlukan dalam sistem demokrasi untuk seseorang itu boleh dicalonkan untuk
bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik dari
segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan
tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan
namun ia tidak menunjukkan pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang
disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi
tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.
Dalam sistem syura, sebelum seseorang itu
dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam
permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan
persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak
seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyat dapat dilihat dengan
mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar as-Siddiq seperti berikut :"Wahai
Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang
yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau
aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat.
Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak
daripadanya insya`Allah ...."
Daripada ucapan Khalifah Abu bakar ini
terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaitu perkataan yang
menyebut "saya telah dilantik ke atas kamu." Ini menunjukkan hak umat
untuk memilih ketua negara. Manakala kata-kata “Bukankah aku orang paling baik
di kalangan kamu." Ini menunjukkan ketua negara adalah juga daripada
rakyat negara tersebut.
Selain itu, kata-kata seperti "Jika saya
lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulah saya."
Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi
sesebuah pemerintahan. "Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila
aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada
ku." Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorang pemerintah
itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak
lagi mengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh
kepadanya.Berbeza sama sekali dalam sistem demokrasi apabila seseorang itu
telah dilantik menjadi pemimpin, ia perlu patuh dan taat dalam segenap segi
walaupun dalam perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Dalam sistem
demokrasi, seseorang pemimpin itu hanya boleh digulingkan dalam pilihanraya dan
selagi ia memegang jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan
dan hanya boleh mempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.
Apakah dalam syura pendapat yang
diambil selalu berdasarkan suara mayoritas seperti halnya dalam demokrasi ?
memang dalam system demokrasi suara mayoritaslah yang menjadi penentu dalam
segala bidang permasalahan. Sedangkan dalam syura criteria pendapat yang
diambil tergantung pada bidang permasalahan yang dimusyawarahkan.